Rabu, 29 Julai 2009

Sajak dari aku

Malam tiada cahaya, siang ku menduga

Kemana,
tumpahnya rinduku ini
sudah lama ku memuja
dalam murka atau cinta

Benarkah,
tiada lagi untukku
liang buatku bermanja
dalam jaga atau lena
hening mimpiku...

Hapuskanlah derita
yang datang meracuni jiwa
pada malam ku berkata
tiada cahaya
pada siang ku menduga

Ku berikan,
diri untuk Kau perhitungkan
dari aku kesempatan
dalam sepi penuh duri

Mengapa,
tiada kata dibibirku
mengundang kata cinta
padaMu yang ku sayangi
selamanya...

Bukakanlah pintuMu
supaya aku berteduh
di bawah kasih nan indah
di bawah rindu yang mesra

Masihkah,
ada harapan dariMu
untuk aku menghiasi
laman kasih yang insani

Ataukah,
Engkau terus membiarkan
diriku keseorangan
meniti laluan hidup ini
demi cinta...

Sekian
Amni Jagat

- Ilham kali ini cukup mencabar jiwa. Aku yang dilahirkan sebagai seorang hamba kerap meluahkan kasih dan sayang pada sesama hamba. Apakan daya sememangnya Tuhan itu lebih menyayangi aku. Agak biadap untuk aku melupakan Allah yang telah banyak menonjolkan kasih dan sayangNya pada diri aku yang insani. Aku agak rasa kecewa dengan dunia...


2 ulasan:

  1. Makam Pertama Highlander2u lalui adalah suatu keadaan di mana tidak ada lagi sesuatu yang ingin dicapai manusia.
    Syabas Jagat..rentasi satu per satu pintu sehingga "aku" menyatu dengan "AKU".
    TETAPI TIDAK MUDAH KERANA BANYAK JALAN BERLIKU SERTA BINATANG BUAS SEDANG MENANTI UNTUK MEMBAHAM MU KISANAK JAGAT...

    BalasPadam
  2. dalam mendung petang
    ku untai satu kias
    buat pujanga muda
    sebagai kata semangat
    untaian bahasa mu indah memikat
    nukilan pena mu tajam bersirat
    silat karya mu tersusun bersurat
    agar ilham mu sentiasa memikat

    selamat berkarya

    BalasPadam