Waktu dulu, langkah aku tidak segagah hari ini. Namun di waktu ini juga aku tidak mengatakan yang aku sudah gagah untuk menentang arus dunia yang dikejar-kejar manusia. Hari ini aku masih tersungkur dalam kekeliruan yang cepat menginjakkan kaki di atas jemala kerinduanku. Memang ramai suka berkata yang aku ini manusia yang suka berilusi tapi, satu pertanyaan di benak aku ingin berkata 'adakah dunia ini kenyaatannya?'
Pada tahun 2000 atau awal tahun itu, aku sering mencari akan kesesuaian untuk hidup di dunia ini tetapi, akhirnya aku tumpas dalam kancah peperangan yang terkadang ingin menarik aku ke lubuk kezaliman pada dunia. Waktu itu mengapa tidak ada manusia yang ramai tadi bercerita-cerita mengenai ilusi yang aku adakan waktu itu? Aku terkadang keliru. Mungkin benar apa yang pernah diFirmankan di dalam Kitab Suci peganganku yang menyebut '...sesungguhnya ramai di antara manusia itu adalah fasik dan hanya segelintir sahaja yang bertaqwa kepadaKu.'
Suatu tahun 2000 serta awalan abad baru, aku dikejutkan dengan budaya melayu yang seumpama orang Futeh. Adakah melayu sedar tentang penjajahan orang Futeh dahulu? Kita hari ini sering menyalahkan Komunis yang kejam membunuh dan menakluki bumi melayu tetapi kita selalu lupa atau sememangnya lupa akan kekejaman orang Futeh yang lebih kejam dari Komunis. Tahun 2000 aku cukup agresif merenung nasib melayu. Hanya suatu kata-kata yang ingin aku perkenalkan pada seluruh melayu di Malaysia khususnya dan amnya seluruh dunia bahawasanya melayu akan bersatu di bawah satu naungan yang dipanggil ISLAM.
Tahun 2000 dulu aku cepat merasakan mata-mata manusia yang ramai ini mempunyai seni-seni kebangkitan dalam akidah rupanya aku tersilap, lebih baik aku memandang mata-mata yang hanya segelintir itu. Tidak semua manusia itu fasik namun ianya ramai, tidak semua manusia itu bertaqwa namun ianya segelintir.
Carilah falsafah orang Futeh yang membina naqli dan aqli
bukan meniru membabi buta tanpa naqli dan aqli
tidak salah mengikut perbuatan yang baik
tetapi adakah baik mengikut tanpa berfikir?
Nanti kita sambung lagi...
(Aku ada ilham untuk keluarkan cerpen di blog ini sila komen jika berminat)
Saudara-saudara sekalian..
BalasPadamJika benar komunis menganiaya @ membunuh Bangsa Malaysia..berapa tahunkah ianya berlaku?
Adakah lebih lama jika dibandingkan dengan "Orang Futeh"?
Saya yang jahil sejarah cuma tahap Tingkatan 3 saja belajar Sejarah...setahu saya komunis mengganas ( Sejarah UMNO ) cuma 3 tahun. Tetapi bagaimana dengan Portugis, Belanda, British, Jepun ? Kita lupa mereka memijak kepala bangsa kita selama lebih 4 ABAD !!!!???
Suggest saya mohon Kanjen Jagat memanjangkan Cerpen "Sue Fee" menjadi sebuah novel..ianya bisa menyedarkan yang fasik mengenali erti perjalanan "Sue Fee"
BalasPadam