Ada jiwa di tengah maya
tiada nyawa di sudut rela
titian waktu aku sapukan
dalam hati aku serikan...
Sebuah karangan yang menjadi rintihan antara uda dan dara. Suatu ketika dahulu aku pernah dibisikan dek suatu falsafah yang menyuntik sedikit atau sekualiti ilham sehingga hari ini. Kalau anda semua pernah membaca sajak 'Jelitawan' di bawah ini pasti ada yang tertanya mengapa aku begitu seolah memuja wanita? Mohon maaf andai aku mengajak anda memuja wanita. Namun, realitinya bukanlah pemujaan itu diberikan pada wanita tetapi telah aku berikan kepada Yang Maha Pencipta.
Pernah aku dibangunkan dengan suara-suara yang lembut mengajakku berlari mengejar pelangi dan kerap kali juga pelangi yang aku ingin capai itu direbahkan dan dirobohkan juga dengan suara-suara yang lembut. Apa sebenarnya semua ini? Adakah cinta di antara sesama manusia ini palsu?
Andai kau mengerti
menyimpul tari mimpi
pastinya bayu rindu
membisik manja namamu...
menyimpul tari mimpi
pastinya bayu rindu
membisik manja namamu...
Sajak di atas telahku namainya dengan tajuk 'Puteri arjuna'. Keberkesanan sajak ini memang dalam dan menyentuh. Andai anda semua membaca dengan penuh suara hati pasti ia akan dapat menyentuh perasaan anda(mungkin bagi yang faham). Mengapa manusia hari ini lebih mengagungkan cinta antara Romeo dan Julie atau cinta gila Shakespeare? Adakah percintaan yang mereka ada-adakan itu murni? Mata lenguh kakiku tetap teguh.
Purata di Malaysia, hanya di Felda sahaja setiap sehari berjaya melahirkan 6 orang anak luar nikah. Purata besarnya saja lapan puluh sembilan peratus adalah dari golongan manusia yang ber'BIN' dan ber'BINTI'. Jangan salahkan Shakespeare... jangan salahkan Romeo dan Julie...
Memanglah benar si perosak-perosak cinta seperti Shakespeare adalah punca segala kerosakan cinta pada hari ini tapi, kita harus ingat Shakespeare hanya menulis melalui ilusi atau imaginasi bertujuan untuk menghasilkan karya kreatif. Namun ramai di antara orang-orang Islam kita lebih fokus kepada imaginasinya Shakespeare. Menggilai sesuatu karya itu baik tetapi bukan mengikut. Mengikut tanpa kajian seumpama berkata tanpa mengerti apa yang dikatakannya sendiri.
Telah kita didedahkan dengan kemunculan suatu cinta yang agung di antara manusia sesama manusia seperti riwayat cinta Adam dan Hawa, riwayat cinta Balqis Ratu Sabak dan Sulaiman Raja Bentara dan berbagai-bagai lagi. Namun sepertinya menjadi ikut-ikutan pemikiran manusia terutamanya di Malaysia ini yang menuduh percintaan Adam dan Hawa itu seumpama percintaan rosak seperti yang diajari Shakespeare. Cuba anda lihat di kaca televisyen kita, berapa banyak cereka-cereka yang mengisarkan kononnya percintaan Adam dan Hawa? Hasilnya jurusan itu terus menerus menghukum percintaan yang kononnya percintaan Adam dan Hawa itu terhumban ke dalam lautan pengaruh cinta gila cetakkan nafsu manusia. Mengapa argh...?
Biarkan sang arjuna
memintal andeka cinta
membaluti suci hati sang puteri...
memintal andeka cinta
membaluti suci hati sang puteri...
Aku semakin hairan, manusia senang mengatakan sesuatu tanpa disedarinya itu akan menghukum kembali dirinya. Apakah cinta yang sekelumit ini hanya diberikan seluruhnya kepada manusia semata? Usahlah kita terlalu hanyut dengan wajah yang indah, dengan nafsu yang ghairah. Andai anda berkesempatan anda hayatilah sebuah lagu yang menjadi lagu tema filem Kembara Seniman Jalanan yakni Rupa Tanpa Wajah lagu ini telah dinyanyikan oleh kumpulan Kembara.
Andai kau mengerti
tulus nan pelangi
pasti perjalanannya
kau warnai bersama
Biarkan sang arjuna
bermukim cerana kesuma
melangsi sahmura jiwa puteri...
Bukan aku memuja wanita tapi, aku diwajibkan menghormati wanita kerna dari wanitalah lahirnya aku Amni Jagat. Biar siapa pun wanita itu aku tetap akan mengatakan lindunganku pada mereka. Bukan aku memuja cuma aku memuji akan kewujudan yang cantik seperti wajah si jelitawan yakni wanita. Kepujian yang aku berikan hanyalah berdasarkan pujian kepada Yang Maha Esa.
Bunuhlah cinta yang sesat dalam kehidupan kita. Bukan cinta itu buta tapi kita yang buta akan cinta...
"Bukan cinta itu buta tapi kita yang buta akan cinta..."
BalasPadamAmat menarik ayat terakhir Pak Jagat ni..seiring dengan kalimah "Bismillahirahmanirahiim.."
DIA maha pengasih lagi maha penyayang. Sesungguhnya DIA tidak sama sekali menyiksa manusia malah manusia sendirinya yang menyiksa diri mereka. Ketika Isra' Mikraj, Muhammad s.a.w sendiri melihat bagaimana manusia siksa diri sendiri dengan mengeluarkan lidah sendiri, menggantung diri sendiri dengan rambut mereka dan sebagainya. Muhammad s.a.w tidak menyatakan bahawa malaikat atau makhluk lain menyiksa @ menghukum manusia.