Jumaat, 3 Julai 2009

Suara tahun 2000

Warna warni sebuah kenangan

Mata ini pernah menjadi saksi akan dunia,
hati ini diam dalam sempadan hakikat sebuah impian,
terkadang kaku batin dan zahir menitiskan lautan seagung bima sakti
dan pelayaran ini tetap menjadi kejujuran

Sepi di tanjung

Permulaan aku menulis pada tahun 2000 dahulu memang cukup mencabar pada semua daya. Antara pihak yang menjadi pada waktu itu adalah 'mata' dan 'hati'. Pengembaraan aku dalam mencari diri sendiri untuk berdiri adalah sengit bermain dengan segala yang aneh. Kebenarannya mungkin itu adalah proses kematangan. (Sama seperti rambut aku, tahun 2000 rambut aku pendek sekarang 2009 panjang)
Terik bukan sekadar melayar di wajah malah juga melayari pedih ke dalam jiwa. Tahun 2000 dulu adalah suatu pembaharuan dalam hidupku ini di waktu itu juga aku mengenal akan kepalsuan dunia dan kebenarannya. Tetapi pada waktu itu pena aku lebih tertarik kepada sokongan penulisan mengenai cerita-certita aneh(mungkin disebabkan itu aku pernah berdiri dalam keanehan agaknya). Di jiwa aku penuh dengan irama-irama Rock Kapak. Memang nostalgia.
Waktu itu(tahun 2000) aku Tingkatan 4. Aku mula memberanikan diri untuk menulis dalam aliran penulisan kreatif cerpen(nak baca cerpen terbaru aku tunggu keluaran majalah MANDALA atau emel aku). Cerpen-cerpen tu penuh dengan unsur-unsur mistik -itu yang aku katakan 'aneh'-. Memang kegemaran aku dulu mengenali budaya melayu yang terlalu mistik dan aneh. Peliknya nanti kita sambung lagi...

Untai jari dengan tapak
semalam usah dikenang-kenangkan
Intai aku biarlah nampak
jangan hari ini kau rindu-rindukan

2 ulasan:

  1. Segala mumkinun sentiasa dalam proses pengembangan, begitu juga rambut sama seperti jagat raya.
    Oleh,
    www.highlander2u.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Perjalanan hanya akan menjadi sebuah mimpi dalam menakluk hari ini. Tahniah atas blog kau, sahabat.

    Swordist

    BalasPadam