Jumaat, 21 Ogos 2009

Membaca cerpen di Blog

InsyaAllah esok yakni 2 Ramadhan 1430/23 Ogos 2009 akan datang sedutan baru di Blog ini. Blog ini akan menyiarkan cerpen nurkilan Amni Jagat untuk bacaan semua yang melawati blog ini sebagai daripada bahagian kecil buah fikiran untuk direnungkan mengenai dunia dalam bulan Ramadhan ini. Cerpen ini akan disiarkan bersiri yakni selama 3 hari satu episod.
Cerpen yang akan datang itu bertajuk FAJAR CINTA ABSTRAK.
Sebuah cerpen yang berkisarkan perihal rumahtangga yang bergolak. Pergolakkan itu menimbulkan pertanyaan yang bermacam yang digelar 'abstrak'. Kehadiran watak utama(bekas kekasih Wanti) telah membongkarkan segala rahsia rumahtangga yang telah diimpikan Wanti. Namun Wanti terus bertekad di hadapan bekas kekasihnya itu untuk bertindak luar dari batasan yakni dengan cara Wanti tetap akan memohon cerai. Adakah bekas kekasihnya itu yang menjadi punca segala keretakan perkahwinan Wanti. InsyaAllah kita tunggu pada tarikh yang telah dijanjikan.
Dengan Izin Allah, kita sekali lagi bertemu Ramadhan Al Mubarak.

1 ulasan:

  1. Inilah yang ku nantikan..terima kasih Jagat yang mempertemukan diriku dengan "PENGHUJUNG MALAM". Membuatkan diriku ingin lebih mendekati Abang Khalid serta dunia teater. Salam filem dan drama Melayu..memang aku lebih cenderung mengintai kaca televisyen apabila Insan Teater berlakun kerana ianya lebih hidup.

    BalasPadam