Selasa, 6 Oktober 2009

Makalah

Dalam beberapa tempoh yang agak panjang ini, aku menjadi sepi dalam berbicara dalam ruangan blog ini. Bukanlah tujuan aku untuk diam dari berbicara dengan taulan sarwanya dalam blog ini, cuma aku lebih memerlukan masa untuk mengawal semula penulisan bagi menghasilkan bahan-bahan yang lebih padat untuk kita sama-sama kongsikan dalam wadah kreatif ini. Biasalah ilham ni bergantung pada penghayatan. Mungkin aku agak ketandusan penghayatan dalam pulau kehidupan.

CERPEN LEGENDA MISTIKAL

Dalam beberapa menjak ni, aku sering terbayangkan irama legenda mistikal yang ingin aku luahkan di atas sekeping kertas yang berpaksikan cerpen. Tetapi mungkin kali ini aku lebih mengambil pendekatan 'Legenda Mistikal'. Mungkin juga ia lebih epik dan agak mencabar berbanding cerpen 'Sue Fee'. Entah kenapa kali ini aku tegak-tegak merasakan tidak salahnya kita murnikan bahasa kita dengan bunga-bunga yang klasikal tetapi penuh mistik. Ada juga persoalan mengapa aku memilih mistik? Bagi aku ia bukanlah satu kewajiban untuk aku menulis atau mengiakan kemistikalannya, cuma pada pendapat aku ia lebih bersesuaian. Ini kerana konsep yang ingin aku tembak dalam hal ini adalah berkenaan 'mitos'. Maka dalam erti penghayatan yang lain aku boleh menulis dengan lebih bebas tanpa sempadan sejarah yang kejap. Ia sekadar sejarah mitos yang diada-adakan saja ia tidak ada kena mengena dengan segala mitos yang ada di muka bumi ini, cuma ilhamnya sahaja sedikit sebanyak aku mengutip daripada sejarah mitos 'Puteri Gunung Ledang' yang juga mitos.
Semasa Ramadhan yang lepas tanpa aku sedari, Maha Pencipta Maha Penyayang telah menghadiahkan aku dengan dua gulung ijazah yang di mana suara aku masih didengari di dalam akhbar harian yang bernama Berita Harian aku agak berbesar hati kerna dalam bulan Ramadhan tersebut aku diberi peluang untuk ke hadapan dengan mereka menerbitkan dua buah puisi aku dalam dada akhbar mereka. Terima kasih kepada Berita Harian atas sokongan anda pada Amni Jagat.
Minggu lepas aku telah merasakan bahang yang kuat dalam persada kehidupan aku sebagai seorang warga negara Malaysia di mana akan ada satu pilihanraya kecil di DUN Bagan Pinang yang akan berlangsung pada tarikh 11 Oktober 2009. Aku dengan semangatnya memohon bantuan Suhaizan Kaiat (Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat) untuk meminta tempat dalam kempen di atas pentas kebenaran untuk aku turut sama membantu dalam kempen dalam pilihanraya kecil tersebut dengan melontarkan suara deklamasi sajak di atas pentas. Namun Suhaizan agak kesibukan dalam menjalankan tugas sebagai ketua jentera undi pos Bagan Pinang lalu aku agak kurang bantuan lalu disumberkan oleh Suhaizan Kaiat untuk aku berurusan dengan Ketua Pemuda PAS Pusat yakni Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi. Makanya aku terus berurusan dengan beliau. Alhamdulillah sesungguhnya sokongan daripada seluruh kepimpinan PAS amat aku hargai di mana mereka dengan semangatnya ingin membantu aku dalam memberikan tempat untuk aku mendeklamasikan sajak demi kebenaran terus terpelihara. Aku menghormati dan berbesar hati dilayan sebegini hebat oleh kepimpinan Pemuda PAS yang terus berusaha membantu aku. Terima Kasih PEMUDA PAS. Abang Suhaizan Kaiat adalah sahabat aku di dalam perjuangan hidup aku. Suhaizan Kaiat, Dewan Pemuda PAS Pulai, Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Pemuda PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan seluruh kepimpinan PAS 'SALUT UNTUK ANDA'. Terima kasih kerana memberi peluang kepada diri seorang hamba yang bernama Amni Jagat ini. Tunggu kehadiran Amni Jagat di dataran Bagan Pinang untuk turun melawan suara-suara derhaka kepada kebenaran.
Tidak lama lagi Dengan Izin Allah SWT, aku akan menerbitkan antologi Puisi yang pernah aku ilhamkan dari petunjuk Yang Maha Pencipta. Judulnya 'KHAZANAH KEKASIH ADIKARA, Antologi Puisi Revolusi Islam oleh Amni Jagat'.

1 ulasan:

  1. Semoga Allah perkenankan Abang Suhaizan membawa sinar rembulan yang mengambang di DUN Kempas 2012...
    Takbir 3X !!!

    Oleh,
    neo8118@yahoo.com
    http://highlander2u.blogspot.com

    BalasPadam