Isnin, 17 Mei 2010

Mengarang Teater


Mungkin ramai yang tidak pernah dengar nama atau wajah tersohor Pak Khalid Salleh, tetapi jangan anda semua terkejut bila melihat telatahnya di pentas teater dan keilmuannya yang dasar dalam bidang agama. Pada satu masa dulu waktu aku tingkatan 1, aku dipromosikan oleh seorang cikgu(cikgu Bahasa Melayu) pada dua nama tersohor dalam bidang seni melayu. Nama pertama yang disebut oleh cikgu aku adalah Allahyarham Pak Usman Awang dan yang kedua Pak Khalid Salleh. Maka dari situlah namanya sentiasa melekat di bibir telingaku. Seluruh filem lakonan Pak Khalid dapat aku ikut dari Penghujung Malam hinggalah ke Buai Laju-laju. Sedar tak sedar aku hari ini mulai mengikut jejak langkah saudagar seni dari Johor itu dalam teater. Teater 'Jual Ubat' seperti gambar di atas adalah lakonan, arahan, dan skrip dari Pak Khalid sendiri. Monodrama ini berjaya merangkul anugerah Monodrama Terbaik Asia yang dipertandingkan di Jepun. Aku sendiri sudah dua kali menonton teater tersebut. Bagiku sesiapa yang tidak menonton lagi teater itu amatlah rugi kerana sesiapa yang menonton teater tersebut akan merasa bahawa diri mereka hina dan terlalu hina. Sehinggakan andai seseorang itu berada di tempat yang tinggi sesungguhnya dia itu sepatutnya lebih terasa hina dengan adat dunia yang mudah percaya akan pendustaan syirik semata.
Untuk pengetahuan umum, teater 'Jual Ubat' berjaya mengajak aku untuk mengadakan teater dalam aliran yang sama yakni monodrama. Aku akan melahirkan sebuah teater yang bertajuk 'Suara Kiamat' tidak lama lagi. Minggu depan adalah minggu pengkajian skrip untuk aku jadikan panduan dalam teater tersebut. Ada dua tiga orang yang bertemu dari segi nyata mahu pun maya menyatakan hasrat untuk berlakon kerana setakat ini, pelakonnya adalah aku sendiri. Oleh kerana itu, aku tidak mahu berfikiran sempit dengan menyempitkan peluang pada sesiapa yang berhasrat. Aku akan mengajak sesiapa yang ingin berlakon dalam teater tersebut dan aku akan adakan ujibakat mencari pelakon.
Minta maaf pada semua, aku bukan nak tamak untuk berlakon, tapi seperti yang sebelum ni, aku nak karyakan sebuah teater 'setinggan', tapi bila aku nak cari pelakon ramai yang bertanyakan yang pertama sekali bayaran, aku cukup angin dan berang bila soal benda tu diungkit buat kali awalan. Perkara yang ingin aku lakukan ini adalah sebuah cabang dakwah mengapa soalan yang pertama itu adalah bayaran? Susahlah aku nak menguruskan macam pelakon handalan dunia pula tanya bayaran dulu. Justeru aku mengambil tindakan dengan melantik diriku sendiri secara rela hati untuk menjadi pelakonnya, tapi ramai pula yang ingin berlakon dalam teater(Suara Kiamat) tu huhuhu... Ya Allah, Kau sajalah yang tahu pancarobanya. Namun aku suka dan gembira bila ramai yang membalas untuk bertanyakan andai ada kekosongan watak dalam teater Suara Kiamat itu... Bagiku itu adalah satu balasan yang positif. Untuk pengetahuan umum, Pak Khalid berapa kali berkata padaku dalam perbualan kami, dia menegaskan bahawa tidak akan kaya seorang seniman itu dengan duitnya tetapi ia akan kaya dengan kemahirannya... Maka lakukanlah perkara itu kerana Allah dan kebenaran itu datang dari Allah...

3 ulasan:

  1. SEGUNUNG TAKZIAH KU UCAPKAN BUAT SEISI KELUARGA AMNI JAGAT. SEMOGA ALLAHYARHAM DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH DI SYURGA..BAGI NEO ALLAHYARHAM TIDAK PERGI BUAT SELAMANYA TETAPI BERHIJRAH DARI "ALAM MIMPI" KEPADA "ALAM KEKAL". aL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..salam takziah atas pemergian ayahanda tercinta.. semoga roh ditempatkan dikalangan para solihin..

    BalasPadam
  3. salam takziah untuk amni jagat....

    BalasPadam