Selasa, 13 Oktober 2009

Risalah Siasah

Penakut Anwar atau Penakut Muhyidin atau Maling Siasah

'maling teriak maling
sembunyi balik dinding
pengecut lari terkencing-kencing'
(Keratan lirik lagu Iwan Fals - Sumbang)
*maling - pencuri
Lirik di atas memang sesuai dengan keadaan politik hari ini. Aku menyeru restu Yang Maha Melihat demi untuk aku melihat kebenaran. Mengapa kali ini aku mempertikaikan mengenai politik?
Aku tidak mempersoalkan kepada mereka yang berpolitik benar dan juga politiknya bukan asas kehidupannya, apa yang aku pertikaikan adalah ahli politik yang tikus atau politikus. Ahli politik yang maling(pencuri) memang lawan aku dalam perjuangan hidup aku. Begitu juga dengan budayawan Iwan Fals. Pengecut lari terkencing-kencing.
Hentikan saja fitnah yang dilemparkan kepada individu-individu tertentu atas tujuan anda ingin menyembunyikan hasil rompakan anda. Waktu 10 Oktober 2009 aku ke Bagan Pinang bagi melihat dengan mata kepalaku sendiri di mana, di suatu sudut pentas ceramah telah disediakan satu acara yakni debat di antara pemimpin PR(Dato' Seri Anwar Ibrahim) dengan pemimpin BN(Muhyidin Yassin) tapi sayangnya pemimpin BN itu tidak dapat meghadirkan diri ke pentas tersebut, mengapa? Takutkah? Penakutkah? Baculkah? Pengecutkah? Malingkah?
'Kebenaran itu datangnya dari Allah dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang bimbang atau ragu-ragu.
Bila hari ini aku berkata 'aku berpolitik dengan cara Al-Quran' orang cepat menggredkan aku sebagai Ahli PAS. Mengapa? Tahniah PAS anda berjaya menonjolkan teladan mengikut Al-Quran. Kebanyakan pejabat awam kerajaan selalu bertanya padaku apabila tibanya detik Pilihanraya Umum mengenai pilihan aku sendiri, cukuplah sekadar dengan aku menjawab 'aku memilih yang mana disarankan oleh Islam' secara langsung dari jawabanku tadi kakitangan kerajaan tersebut terus menuding dan mengatakan yang aku ini 'ORANG PAS!' Kenapa ya?
Aku kembali ke bumi kesayanganku Johor, aku cuba menafsir dengan akal kerdilku sebagai seorang hamba ini, akhirnya aku menemui jawaban. Mungkin kerana keratan ayat Al-Quran itu agaknya. 'Janganlah kamu menjadi orang-orang yang bimbang.' Bagiku mudah sahaja, andai Anwar Ibrahim itu kaki liwat, pengkhianat, perosak negara, mempunyai hubungan dengan Al Gore dan lain-lain lagi yang buruk terhadapnya mengapa tidak yang menuduhnya itu datang dan tampil untuk berdialog dengannya. Mengapa ya? Andai kalau anda terserempak dengan Jin sekalipun, dia tetap ingin berdialog dengan anda walaupun dia tahu yang dia tidak berdaya mengalahkan manusia. Berani lagi Jin daripada mereka yang tidak hadirkan itu?
Di sini aku boleh mengatakan yang bahawasanya Anwar di pihak yang benar kerana keterangan ayat Al-Quran itu tadi. Sayang Malaysia mempunyai pemerintah yang tidak berani. Adakah ini yang patut kita banggakan? Sayang Malaysia punya pemerintah tapi maling yang berteriak maling. Wahai hamba dunia jadilah hamba Allah, jagalah fitnah yang semakin kuat mempengaruhi kita. Banyakanlah membaca kitab yang diturunkan Allah kepada sarwa jagat. Kita lihatlah hari ini di mana Yahudi yang lebih memfokus pada pengkajian Al-Quran secara saintifik. Tak malukah kita orang Islam tapi bodoh dalam agama kita sendiri? Tatkala Yahudi berjaya menghasilkan teori yang baru, bernas dan maju kita pun secara langsungnya mengagungkan Yahudi tersebut bukan pada pengkajian Yahudi itu yang bermulanya dari Al-Quran itu sendiri. Jangan berbangga menjadi orang Islam tapi bodoh dalam ilmu Islam itu sendiri. Kita di Malaysia yang agama rasminya Islam membuang Islam jauh ke longkang sehingga masih ada yang mengatakan hukum hudud itu zalim sedangkan Yahudi sendiri telah mengkaji tentang hukuman sebat dalam hukum hudud yang boleh menyembuhkan penyakit ketagih pada dadah. Allah telah menerangkan di dalam Al-Quran di mana penciptaan Nabi Adam AS adalah dari tanah liat yang hitam warna juga telah diciplak oleh Yahudi untuk mereka membuat vaksin pencengahan penyakit JE yang lepas atas alasan 'asal manusia dari tanah dan segala penyakit juga boleh disembuhkan dengan tempat asalnya yakni tanah.' Tanah liat hitam boleh dijumpai disekitar kawasan 10 kilometer dari laut dan digali sedalam 14 meter kedalamannya untuk temui dan tanah itu juga boleh mengubat penyakit kanser serta merawat penagih-penagih untuk sembuh.
Inilah siasah yang kita rakyat Malaysia pegang, hanya menunggu pengkajian barat mengenai Al-Quran dan mengikut membabi buta sehingga persepsi laknat mereka yang majoriti pun kita sapu ikut. Mereka(Yahudi) pun mengeluarkan nama-nama yang menjadi keagungan Malaysia seperti Ensstien, Newton, Newlin, Darwin, Chedet dan sebagainya. Inilah siasah jahat yang dilontarkan ke minda rakyat Malaysia. Sengaja pemerintah buat sedemikian bertujuan untuk menyekat tembelang mereka yang mereka itu adalah anak kepada penjajah(faktanya akan dikemukan pada siri yang akan datang). 'Maling teriak maling.'
Andai kalau pemerintah bukan dari kalangan maling-maling sesat, beranilah berhadapan dengan kenyataan.
Akan datang di ruang Risalah Siasah ini kita akan membicarakan mengenai adakah Pak Sako Komunis?

Selasa, 6 Oktober 2009

Makalah

Dalam beberapa tempoh yang agak panjang ini, aku menjadi sepi dalam berbicara dalam ruangan blog ini. Bukanlah tujuan aku untuk diam dari berbicara dengan taulan sarwanya dalam blog ini, cuma aku lebih memerlukan masa untuk mengawal semula penulisan bagi menghasilkan bahan-bahan yang lebih padat untuk kita sama-sama kongsikan dalam wadah kreatif ini. Biasalah ilham ni bergantung pada penghayatan. Mungkin aku agak ketandusan penghayatan dalam pulau kehidupan.

CERPEN LEGENDA MISTIKAL

Dalam beberapa menjak ni, aku sering terbayangkan irama legenda mistikal yang ingin aku luahkan di atas sekeping kertas yang berpaksikan cerpen. Tetapi mungkin kali ini aku lebih mengambil pendekatan 'Legenda Mistikal'. Mungkin juga ia lebih epik dan agak mencabar berbanding cerpen 'Sue Fee'. Entah kenapa kali ini aku tegak-tegak merasakan tidak salahnya kita murnikan bahasa kita dengan bunga-bunga yang klasikal tetapi penuh mistik. Ada juga persoalan mengapa aku memilih mistik? Bagi aku ia bukanlah satu kewajiban untuk aku menulis atau mengiakan kemistikalannya, cuma pada pendapat aku ia lebih bersesuaian. Ini kerana konsep yang ingin aku tembak dalam hal ini adalah berkenaan 'mitos'. Maka dalam erti penghayatan yang lain aku boleh menulis dengan lebih bebas tanpa sempadan sejarah yang kejap. Ia sekadar sejarah mitos yang diada-adakan saja ia tidak ada kena mengena dengan segala mitos yang ada di muka bumi ini, cuma ilhamnya sahaja sedikit sebanyak aku mengutip daripada sejarah mitos 'Puteri Gunung Ledang' yang juga mitos.
Semasa Ramadhan yang lepas tanpa aku sedari, Maha Pencipta Maha Penyayang telah menghadiahkan aku dengan dua gulung ijazah yang di mana suara aku masih didengari di dalam akhbar harian yang bernama Berita Harian aku agak berbesar hati kerna dalam bulan Ramadhan tersebut aku diberi peluang untuk ke hadapan dengan mereka menerbitkan dua buah puisi aku dalam dada akhbar mereka. Terima kasih kepada Berita Harian atas sokongan anda pada Amni Jagat.
Minggu lepas aku telah merasakan bahang yang kuat dalam persada kehidupan aku sebagai seorang warga negara Malaysia di mana akan ada satu pilihanraya kecil di DUN Bagan Pinang yang akan berlangsung pada tarikh 11 Oktober 2009. Aku dengan semangatnya memohon bantuan Suhaizan Kaiat (Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat) untuk meminta tempat dalam kempen di atas pentas kebenaran untuk aku turut sama membantu dalam kempen dalam pilihanraya kecil tersebut dengan melontarkan suara deklamasi sajak di atas pentas. Namun Suhaizan agak kesibukan dalam menjalankan tugas sebagai ketua jentera undi pos Bagan Pinang lalu aku agak kurang bantuan lalu disumberkan oleh Suhaizan Kaiat untuk aku berurusan dengan Ketua Pemuda PAS Pusat yakni Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi. Makanya aku terus berurusan dengan beliau. Alhamdulillah sesungguhnya sokongan daripada seluruh kepimpinan PAS amat aku hargai di mana mereka dengan semangatnya ingin membantu aku dalam memberikan tempat untuk aku mendeklamasikan sajak demi kebenaran terus terpelihara. Aku menghormati dan berbesar hati dilayan sebegini hebat oleh kepimpinan Pemuda PAS yang terus berusaha membantu aku. Terima Kasih PEMUDA PAS. Abang Suhaizan Kaiat adalah sahabat aku di dalam perjuangan hidup aku. Suhaizan Kaiat, Dewan Pemuda PAS Pulai, Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Pemuda PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan seluruh kepimpinan PAS 'SALUT UNTUK ANDA'. Terima kasih kerana memberi peluang kepada diri seorang hamba yang bernama Amni Jagat ini. Tunggu kehadiran Amni Jagat di dataran Bagan Pinang untuk turun melawan suara-suara derhaka kepada kebenaran.
Tidak lama lagi Dengan Izin Allah SWT, aku akan menerbitkan antologi Puisi yang pernah aku ilhamkan dari petunjuk Yang Maha Pencipta. Judulnya 'KHAZANAH KEKASIH ADIKARA, Antologi Puisi Revolusi Islam oleh Amni Jagat'.